Mengalih Sejarah Bual dari Aplikasi Lain

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Memindahkan Sejarah Bual dari Aplikasi Lain dan Lebih Banyak Privasi

Lebih dari 100 juta pengguna baru sertai Telegram di bulan Januari, mencari lebih banyak privasi dan kebebasan. Tetapi bagaimana dengan mesej dan ingatan yang masih ada di aplikasi lama?

Mulai hari ini, setiap orang boleh bawa sejarah bual - termasuk video dan dokumen - ke Telegram dari aplikasi seperti WhatsApp, Line dan KakaoTalk. Ianya berfungsi untuk bual peribadi dan grup:

Untuk ubah bual dari WhatsApp di iOS, buka muka Info Kenalan atau muka Info Grup di WhatsAPp, ketuk Eksport Bual, kemudian pilih Telegram dalam menu Kongsi.

Di Android, buka bual WhatsApp, ketuk ⋮ > Lagi . Eksport Bual, kemudian pilih Telegram dalam menu Kongsi:

WhatsApp untuk iOS juga membolehkan anda eksport buat secara terus dari senarai bual. Sapu kiri pada bual, kemudian pilih '…' > Eksport Bual.

Mesej akan diimport ke hari semasa tetapi juga akan memaparkan cap waktu asal. Semua ahli bual di Telegram akan dapat lihat mesej tersebut.

Alih Bual dan Jimat Ruang

Yang terbaik adalah mesej dan media yang anda pindahkan tidak perlu menggunakan ruang tambahan. Aplikasi lama memaksa anda menyimpan semua data dalam peranti anda - tetapi Telegram tidak langsung menggunakan ruang sambil membiarkan anda mengakses semua mesej, foto dan video anda bila anda memerlukannya.

Anda boleh bebaskan ruang dan mengawal saiz kac anda di Aturan > Data dan Storan > Kegunaan Storan.

Kawal Jejak Digital Anda

Data anda adalah bisnes anda, dan itulah sebabnya pengguna Telegram boleh bukan sahaja eksport bual mereka, tetapi juga hapus mesej mereka kirim dan terima untuk kedua pihak tanpa boleh dikesan

Dengan kemaskini ini, anda perolehi lebih kawalan: bual rahsia, grup yang anda cipta dan sejarah bual juga boleh dihapus untuk semua pihak pada bila-bila masa.

Server Telegram tidak menyimpan informasi mengenai bual dan log bual yang dihapus, oleh itu data akan hilang kesemuanya, untuk selamanya.

Bual Suara Yang Lebih Baik

Anda kini boleh lihat grup anda yang mana satu yang mempunyai Bual Suara yang aktif dari bahagian atas muka Sejarah Bual.

Ketika dalam bual suara, anda dapat menyesuaikan nada setiap peserta untuk menguruskan tahap mikrofon. Penyesuaian yang dibuat oleh pentadbir grup diterapkan untuk semua pendengar.

Pemain Audio Yang Lebih Baik

Semasa trek dimainkan, ketuk nama pengarang di pemain muzik untuk melihat lagu mereka dari semua bual anda. Sekiranya anda perlu melangkau ke depan atau mengulangi sesuatu yang anda ketinggalan, tekan dan tahan butang Terus dan Sebelum untuk maju cepat dan putar balik.

Kami juga ada menambah kesan pudar untuk menghibur telinga anda bila anda berhenti seketika dan mula semula muzik.

Stiker Beri Salam

Sekiranya anda mempunyai kenalan yang menyertai Telegram baru-baru ini, adalah satu sentuhan yang baik untuk menyambut mereka menggunakan salah satu ciri unik Telegram. Stiker Beri Salam akan dicadangkan dalam bual baru anda, siap untuk dikirim dalam satu ketukan.

Animasi Baru Android

Kemaskini baru bermaksud animasi antara muka baru yang anggun. Lihat apakah anda dapat menangkap semuanya semasa memuat turun fail, bermain muzik, atau memuat bual selepas log masuk.

Melapur Saluran Palsu

Semua aplikasi Telegram membolehkan anda melapurkan spam dan jenis kandungan haram lain, termasuk panggilan untuk melakukan kekerasan atau penderaan kanak-kanak. Kini anda juga boleh melapurkan saluran atau grup palsu yang menyamar sebagai orang atau organisasi terkenal. Buka halaman profil mereka dan ketuk '…' > Lapur > Akaun Palsu untuk beritahu kami sesuatu yang tidak sopan sedang berlaku. Moderator kami akan mengambil tindakan.

Kebolehcapaian Yang Lebih Baik

Banyak peningkatan kebolehaksesan telah ditambahkan untuk kedua-dua pengguna TalkBack dan VoiceOver . Sementara kami terus menyempurnakan interfes aplikasi untuk semua pengguna, kami mengalu-alukan maklum balas tambahan di Platform Cadangan kami.

Kami mengucapkan selamat datang dan salam kepada mereka yang baru menyertai kami baru-baru ini! Kemaskini seterusnya akn muncul dalam masa terdekat.


28 Januari 2021
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026