Pek Emoji Tersuai, Menghadiahkan Telegram Premium, dan Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Pek Emoji Tersuai, Menghadiahkan Telegram Premium, dan Lagi

Pada bulan Julai, Telegram melangkaui 700 juta pengguna aktif dan memperkenalkan Premium Telegram Premium, membolehkan setiap pengguna menyokong pembangunan Telegram di samping mendapat akses kepada ciri tambahan eksklusif.

Kemaskini pada hari ini memperkenalkan Platform Emoji Telegram, emoji beranimasi dalam mesej dan kapsyen, pek emoji tersuai, keupayaan untuk memberi Telegram Premium sebagai hadiah, aturan privasi baru untuk mesej suara – dan banyak lagi.

Premium Emoji Tersuai Beranimasi

Hari ini kami melancarkan platform emoji terbuka di mana sesiapa boleh muat naik pek tersuai dengan gaya seni dan watak unik untuk pengguna Telegram Premium.

Emoji beranimasi baru boleh dimasukkan ke teks pada mesej dan kapsyen media, menambahkan lagi lebih banyak emosi kepada bual anda. Pengguna Premium boleh akses kepada, buat permulaan, 10 pek emoji tersuai, mengandungi lebih dari 500 emoji Premium emoji – dan banyak lagi akan ditambah nanti.

Bila anda mula menaip mesej, butang Stiker Stiker akan bertukar ke butang Emoji Emoji yang akan membuka panel emoji direka semula – agar anda dapat secara pantas melayari pek emoji anda atau tambah yang baru.

Semua pengguna – Premium atau bukan – boleh lihat mana-mana emoji beranimasi. Semua pengguna juga boleh guna semua emoji tersuai secara percuma di bual Mesej Disimpan mereka untuk mencubanya – atau untuk menambah gaya ekstra kepada nota dan peringatan.

Semua pek akan termasuk cadangan emoji – taip perkataan ringkas seperti :smile (senyum) atau :lol (ketawa) dan anda akan dapat melihat keputusan carian dari seluruh librari. Menaip emoji statik juga akan tunjuk cadangan dari semua pek beranimasi anda.

Emoji Tersuai Interaktif

Banyak emoji tersuai popular juga dalam mod interaktif bila dikirim di bual-1-dengan-1 – mana-mana pengguna boleh tekan untuk memutar secara segerak, dan kesan penuh skrin

Cuba dengan emosi seperti 😂😍😁😱❤️👍🎉 dan lagi – seperti 💸🔥👻.

Panel Baru Stiker, GIF dan Emoji di iOS

Panel stiker mempunyai wajah baru di iOS, dengan tab berasingan untuk stiker, GIF dan emoji – sama seperti di Android, aplikasi desktop dan web.

Di semua aplikasi, seksyen GIF kini mengandungi beribu GIF berkualiti tinggi dari filem dan pertunjukan kegemaran anda – terima kasih kepada mereka yang mengambil bahagian dalam pertandingan baru-baru ini.

Premium Aturan Privasi untuk Mesej Suara

Pengguna Premium mempunyai aturan baru yang membenarkan mereka untuk mengawal siapa yang boleh kirim mereka mesej suara dan mesej video – seperti Semua, Kenalan Saya, atau Tiada Siapa.

Aturan Privasi untuk Mesej Suara dan Video

Seperti aturan privasi lain, ianya juga menyokong pengecualian, jadi anda boleh pilih orang atau grup tertentu dari pengguna yang Tidak Boleh atau Sentiasa boleh kirim anda mesej suara.

Jika seseorang di senarai putih anda memilih masa yang tidak sesuai untuk berkomunikasi secara lisan, anda sentiasa boleh tukar mesej suaranya ke teks.

Untuk mengubah aturan ini, sila ke Aturan > Privasi dan Sekuriti > Mesej Suara.

Premium Menghadiahkan Telegram Premium

Anda kini boleh kongsi pengalaman Telegram Premium dengan rakan, famili dan teman kerja, dengan mengirim mereka langganan prabayar untuk 3, 6 atau 12 bulan – dengan diskaun.

Buka profil pengguna dan tekan Menu iOS atau Menu Android dan pilih Hadiah Premium. Langganan hadiah akan segera tiba sebagai mesej istimewa di bual anda dengan pengguna tersebut – mengandungi kotak hadiah beranimasi.

Jika anda mengguna salah satu dari aplikasi desktop Telegram, atau muat turun aplikasi Android anda secara terus dari laman web kami, anda boleh guna bot seperti @PremiumBot untuk melanggan ke Telegram Premium atau menghadiahkan Telegram Premium kepada seseorang.

Soalan Lazim kini mempunyai seksyen khusus untuk Telegram Premium – di mana anda boleh pelajari bagaimana untuk mengurus langganan anda, apa ciri-ciri khas yang tersedia dan mengapa ianya membuat anda merasa hangat dan kabur.

Lagi Emoji Berinteraktif

Mencipta emoji interaktif dengan kesan skrin penuh adalah tradisi baik dan pada hari ini kami memperkenalkan 🍌🤨⚡️💔🏆😐. Kirim salah satu ke bual 1-dengan-1 untuk mendapat emoji beranimasi bersaiz besar yang memaparkan kesannya bila anda tekan padanya:

Emoji ini juga tersedia sebagai reaksi – buat masa ini, eksklusif untuk pelanggan Premium.

Mana-mana pengguna boleh naikkan bilangan untuk reaksi eksklusif yang telah ditambah ke mesej oleh pelanggan Premium.

Dan itulah sahaja untuk hari ini. Nikmatilah baki Musim Panas / Sejuk sementara kami kembali ke gua bawah tanah kami – di mana ianya sentiasa selesa dan kemaskini Telegram seterusnya sudah pun kami mulakan.


12 Ogos 2022
Pasukan Telegram

Berita Lain

스타 메시지, 고정된 선물, 검증 플랫폼 2.0 및 기타

오늘 업데이트는 콘텐츠 제작자와 공인이 프라이버시를 더 잘 제어할 수 있도록 하면서 그들의 인기를 수익화할 수 있는 새로운 방법을 제공합니다. 이제 수신 메시지를 필터링하고, 마음의 평화를 보호하며, Telegram Stars를 획득할 수 있습니다. 이 모든 것을 하면서도 청중과의 연결을 유지할 수 있습니다.
7 Mac 2025

AI 기반 스티커 검색, 개선된 동영상 및 기타 기능

오늘 업데이트에서는 AI로 수백만 개의 스티커를 검색하고, 현재 시간에 비디오 링크를 복사하고, 비디오의 커버 사진을 설정하고, 채널에서 유사한 봇을 탐색하면서 별로 반응할 수 있습니다 -- 그리고 더 많은 기능이 추가되었습니다.
12 Feb 2025

수집 가능한 선물 착용, 선물을 블록체인으로 이동, 채널로 선물 보내기 등

오늘 업데이트에서는 수집 가능한 선물을 이모지 상태로 착용할 수 있는 기능, 선물을 블록체인으로 이동하는 기능, 채널에 선물을 보내는 기능 등 6가지 새로운 기능이 Telegram에 추가되었습니다.
24 Jan 2025

수집 가능한 선물, 메시지 검색 필터 및 기타

오늘 우리는 2025년의 첫 번째 업데이트를 출시합니다. 이 업데이트에는 다른 사용자에게 전송하거나 다시 보낼 수 있는 수집 가능한 선물, 채팅 이벤트에 반응을 보낼 수 있는 기능, 메시지 검색 필터, 앱 내 QR 코드 스캐너 등 다양한 기능이 포함되어 있습니다.
1 Jan 2025