Stori dalam Saluran, Media Sekali-Lihat dan Lagi

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Memperkenalkan Stori untuk Saluran, Muzik Anda dalam Stori dan Lagi

Kemaskini sebelum ini meraikan 10 Tahun Telegram. Dengan kemaskini ini, saluran juga boleh mula mengepos stori, terima kasih kepada sistem tingkat baru. Stori kini mempunyai stiker reaksi, dan opsyen untuk tambah muzik anda sendiri. Kami juga menambah aturan Sekali Lihat kepada media musnah sendiri, amaran log masuk lebih baik dan lagi.

Stori untuk Saluran

Pengguna Telegram boleh memberi saluran kegemaran mereka kebolehan untuk pos stori dengan memberi mereka tingkat (boost). Telegram Premium kini mempunyai 4 tingkat yang boleh diagih ke mana-mana saluran.

Saluran boleh meminta pelanggan untuk tingkat dengan menggunakan link khusus. Bila saluran mendapat lebih banyak tingkat, tahapnya bertambah - untuk setiap tahap, saluran boleh pos 1 stori tambahan setiap hari ke kemampuan stori pelanggannya.

Pengguna Premium boleh pindah tingkat mereka ke saluran yang berlainan sekali setiap 24 jam.

Untuk mendapat link tingkat bagi saluran anda dan lihat berapa banyak yang anda perlu untuk tahap seterusnya, sila ke Info Saluran > Lagi > Statistik > Tingkat.

Pentadbir saluran boleh pos stori

Apabila saluran membuka stori, pentadbir dengan kuasa tertentu yang mempunyai langganan Telegram Premium boleh pos dengan menekan Ikon Pos Stori di laman Info Saluran.

Pentadbir juga akan nampak opsyen 'Pos Stori Sebagai' bila mengepos stori dari senarai bual mereka.

Stiker Reaksi dalam Stori

Kedua-dua pengguna dan saluran boleh menambah stiker reaksi ke stori mereka – membolehkan penonton memberi respon menggunakan lebih banyak lagi emoji dengan hanya satu tekanan. Stori yang dipos oleh saluran memaparkan bilangan reaksi, menunjuk berapa ramai yang memilih untuk setiap emosi.

Untuk menambah stiker reaksi, tekan ikon 💭 di panel stiker, kemudian pilih emoji dari berdozen opsyen dalam jendela. Pelanggan Premium dalam masa yang sama boleh guna mana-mana emoji tersuai.

Setiap orang boleh tambah 1 stiker reaksi untuk setiap stori, sementara pengguna Premium boleh tambah sehingga 5.

Muzik Anda dalam Stori

Fail audio pada peranti anda boleh diguna dalam stori – membolehkan anda untuk mencipta konten dengan trek bunyi (soundtrack) tersuai atau naratif.

Dari panel stiker, tekan 'Audio' dan pilih satu fail, kemudian tukar trek untuk pilih mana-mana seksyen. Dalam stori video anda juga boleh simpan bunyi asal dan gerak trek yang anda tambah ke mana-mana tempat - seperti kesan bunyi pendek di tengah, atau sedikit muzik di bahagian akhir

Media Sekali-Lihat

Telegram memperkenalkan media menghilang semenjak tahun 2013. Kini ianya lebih mudah untuk diguna, mempunyai gaya baru, dan aturan Sekali Lihat yang baru.

Dalam bual 1-dengan-1, menekan Ikon Sekali Lihat dalam editor media membolehkan anda memilih berapa lama foto atau video anda akan terpapar selepas dibuka – dari Sekali Lihat ke 30 saat. Media Lihat-Sekali akan dihapus secara kekal dari bual bila penerima membukanya.

Seperti semua untuk media musnah sendiri, menyimpan dan ambil petikan skrin tidak akan berfungsi untuk media sekali-lihat.

Amaran Log Masuk Baru

Bila seseorang log masuk ke akaun anda, Telegram kirim notifikasi ke semua peranti anda. Untuk membuat ini lebih jelas, log masuk baru kini memapar amaran ini di bahagian atas pada senarai bual anda.

Jika anda tidak log masuk di peranti baru anda, tekan 'Tidak, Ini bukan saya!' untuk secara segera menyelamatkan akaun anda. Anda boleh semak semua peranti yang sedang mempunyai akses ke mesej anda di Aturan > Peranti.

Untuk mendapat lapisan perlindungan ekstra anda boleh tambah kata laluan Verifikasi Dua Langkah di Aturan > Privasi dan Sekuriti > Verifikasi Dua Langkah.

Jangan sekali-kali masukkan kod log masuk atau kata laluan anda di mana-mana kecuali bila anda sedang log masuk ke Telegram untuk akses bual anda!

Dan Lagi

Juruprogram juga menambah berdozen penyelesaian kutu dan optimisasi. Pengguna iOS akan notis mengirim video telah bertambah baik - ianya kini lebih pantas dan bar progres yang lebih tepat. Pengguna Android akan nampak prestasi lebih baik bila melihat spoiler beranimasi termasuk sekali-lihat dam media tersembuyi.


Dan itu sahaja untuk hari ini, kami akan terus menyiapkan kemaskini seterusnya sementara anda menonton stori di saluran.


22 September 2023
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026