Daftar tanpa kad SIM, Hapus Auto Global, Tajuk 2.0 dan Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Mendaftar tanpa kad SIM, Pemasa Hapus Auto Global, Tajuk 2.0 dan Lagi

Dengan kemas kini ini, anda boleh mempunyai akaun Telegram tanpa kad SIM dan mengeset pemasa global untuk secara automatik menghapus mesej pada semua bual baru. Tajuk dalam grup kini lebih berkuasa – dan tersedia untuk grup dengan 100+ ahli.

Daftar tanpa kad SIM

Di Telegram, nombor telefon anda tidak akan dapat dilihat oleh yang tidak dikenali — pengguna kami mengawal siapa yang dapat lihat nombor mereka dan samada pengguna lain dibenarkan untuk jumpai mereka dengan nombor telefon mereka.

Hari ini bermulanya era privasi baru. Anda boleh mempunyai akaun Telegram tanpa kad SIM dan log masuk menggunakan nombor tanpa nama dikuasakan oleh rantai blok (blockchain), terdapat pada platform Fragment.

Pemasa Hapus Auto Global

Telegram memperkenalkan mesej hapus tersendiri semenjak tahun 2013. Pengguna boleh hapus mana-mana mesej mereka kirim atau terima untuk kedua belah pihak tanpa meninggal apa-apa kesan. Mereka juga boleh mengeset pemasa hapus auto untuk bersihkan bual individu selepas tempoh tertentu.

Hari ini kami menambah kawalan jejak digital anda ke arah masa depan. Anda kini boleh mengeset pemasa hapus auto global untuk secara automatik menghapuskan mesej dalam semua bual baru.

Bual sedia ada tidak akan terkesan, namun anda boleh dengan mudah panjangkan aturan hapus auto anda untuk mana-mana pengguna dari menu baru Aturan > Privasi & Sekuriti > Mesej Hapus Auto.

Pemasa akan secara automatik didayakan pada semua bual baru dengan pengguna – tanpa mengira siapa yang memulai – dan untuk semua grup baru yang anda cipta.

Kami juga telah memudahkan anda untuk mengeset hapus auto dalam grup kecil peribadi — pemasa kini boleh didayakan oleh mana-mana ahli yang dibenarkan untuk menukar nama dan gambar grup.

Privasi Terulung

Kombinasi unik Telegram dalam menghapus mesej untuk semua pengguna tanpa meninggal kesan, dan mengawal bual sedia ada dan yang akan datang dengan pemasa hapus auto memberi anda kuasa penuh pada keseluruhan sejarah mesej anda. Bersama dengan kegunaan akaun anda tanpa kad SIM ia memberikan privasi terulung yang tiada tandingnya dengan mana-mana aplikasi mesej lain.

Tajuk 2.0

Pada kemas kini sebelum ini kami memberi pentadbir grup besar opsyen untuk susun diskusi ke dalam tajuk, satukan forum klasik internet dengan teknologi pemesejan terkini. Hari ini, tajuk menjadi lebih berkuasa – dan kini juga terdapat untuk grup 100 ahli atau lebih.

Grup dengan tajuk dibuka dalam mod 2 kolum yang kemas, agar anda dapat akses bual lain anda secepat seperti sebelum ini. Untuk tukar ke tajuk terbaru terus dari senarai bual anda, hanya tekan butang baru di pratonton.

Grup kini mempunyai tajuk paras asal dipanggil Umum, yang terkandung mesej servis grup dan sejarah mesej pra tajuk. Tajuk ini tersedia untuk semua ahli grup agar mereka boleh temui mesej lama, tetapi pentadbir boleh nama semula tajuk atau sembunyikannya dari senarai utama.

Untuk lihat sekali gus mesej terbaru dengan pantas, anda boleh tukar ke mod Lihat sebagai Mesej. Setiap mesej dalam mod terebut kini mempunyai butang menunjukkan di mana ianya dipos – dan anda boleh tekannya untuk terus ke tajuk tersebut.

Untuk memudahkan anda bernavigasi senarai tajuk, pembilang lencana untuk tajuk yang anda telah lawati akan mengguna warna aksen lebih tebal, sementara yang anda tidak pernah buka akan guna warna pudar.

Untuk peminat struktur dan susunan, grup kini boleh punyai sehingga 5 tajuk disemat – dan setiap tajuk menyokong sematan mesej tanpa had.

Pemilik grup boleh dayakan tajuk di Aturan Grup mereka, dan boleh kawal siapa yang dibenarkan untuk cipta dan urus tajuk dalam Permisi.

Anti Spam Agresif

Sebagai salah satu dari 5 teratas aplikasi yang selalu dimuat turun di dunia juga membuat Telegram sebagai salah satu dari 5 yang paling disasar untuk dispam di dunia. Bual Telegram bersaiz besar kadang-kadang memerlukan bot pihak ketiga untuk membantu pentadbir menghalang mereka. Bot sebegini boleh menjadi sangat efisien kerana mereka tidak tertakluk kepada kekangan komitmen Telegram pada privasi pengguna dan mampu menjadi lebih proaktif daripada sistem anti spam dalam talian kami.

Kini pentadbir grup lebih dari 200 ahli boleh memilih untuk lepaskan kuasa penuh proaktif algoritma Telegram — menukarkannya ke mod agresif baru untuk penapisan spam secara automatik.

Pentadbir grup boleh lapur mana-mana positif silap terus dari tab Tindakan Terbaru mereka – ini akan membantu kami melatih program kami untuk menjaga grup anda dengan lebih baik di masa hadapan.

Kod QR Sementara

Pengguna Telegram yang mempunyai nama samaran awam boleh menjana kod QR untuk dengan pantas hubungi dengan orang di sekeliling mereka.

Kini anda boleh menjana kod QR sementara jika anda tidak mempunyai nama samaran dan menyembunyi nombor telefon anda dari setiap pengguna. Mengimbas kod akan membolehkan pengguna tambah anda dengan pantas sebagai kenalan tanpa mengetahui nombor telefon anda.

Carian Emoji pada iOS

Pengguna Telegram iOS boleh menikmati carian Emoji – yang telah tersedia di Android – menggunakan kata kunci dalam pelbagai bahasa untuk mencari emoji secara tepat, termasuk yang dari pek tersuai anda.

Untuk membuka panel emoji, hanya tekan Emoji di medan input anda ketika anda menaip mesej.

Jika kata kunci emoji tiada, anda dialukan untuk memberi cadangan di Platform Penterjemahan kami — hanya jangan lupa untuk pilih bahasa anda dari senarai di sebelah kiri.

Anda boleh juga menaip kata kunci seperti 'riang' atau 'senyum' di permulaan mesej untuk melihat cadangan emoji berdasarkan pada kata kunci, atau taip kolon dan kata kunci di mana sahaja dalam mesej seperti :parti atau :topeng. Ini bukanlah baru, ianya lebih kemas.

Kegunaan Storan secara Terperinci dan Lagi di Android

Halaman Kegunaan Storan telah direka semula di Android sama seperti yang telah dialami oleh pengguna iOS. Ia kini menunjukkan berapa banyak ruang setiap bual guna di peranti anda.

Media bual peribadi kini boleh dihapuskan dari kac anda, ditapis menurut jenis fail – seperti foto, video, muzik dan fail.

Seterusnya, juruprogram Android telah menambah sokongan untuk membuka Lokasi Langsung di aplikasi peta pihak ketiga dan reka bentuk yang lebih baik bila memuat elemen seperti mesej dalam bual, gambar profil dan lokasi langsung.

Premium Emoji Tersuai Baru

Artis Telegram telah menggabung 10 lagi pek emoji tersuai – memberi pengguna Premium cara yang lebih ekspresif dalam mesej, reaksi dan status.

Lagi Emoji Interaktif

Satu lagi kemas kini Telegram bermakna emoji interaktif baru – kirim satu 😇 🫡 🤝 🙈 🤗 ✍️ 😨 dalam mana-mana bual 1-dengan-1 dan tekan untuk mainkan kesan skrin penuh disegerak untuk anda dan teman bual anda. Semua pengguna juga boleh guna emoji di atas sebagai reaksi.

Banyak lagi tersedia sebagai emoji beranimasi, termasuk bendera 🇮🇳🇧🇷🇮🇩, objek harian seperti 📨📱🛒 dan sebahagian dari mereka adalah lebih abstrak 🔝🔞🦄.


Dan itu sahaja untuk hari ini. Nikmati privasi terulung sementara kami terus lakukan (mungkin) kemas kini terakhir untuk tahun ini.


6 Disember 2022
Pasukan Telegram