Kesan Mesej, Carian Hasytag, dan Banyak Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Memperkenalkan Kesan Mesej, Carian Hasytag, dan Banyak Lagi

Dengan kemaskini ini, anda boleh menambah kesan animasi yang menakjubkan pada mesej yang anda kirim, mengalihkan kapsyen di atas media, mencari saluran awam menggunakan hasytag global, menyembunyikan serpihan teks dengan blok petikan boleh lipat – dan banyak lagi.

Kesan Mesej

Mesej dalam bual 1-dengan-1 kini boleh dikirim dengan kesan animasi yang dimainkan apabila penerima membuka bual. Tiada yang lebih bermakna daripada 'Saya Cinta Kamu' seperti skrin yang dipenuhi dengan ciuman 💋, atau api 🔥, atau sesuatu yang lain sama sekali 😈.

Semua orang boleh menggunakan 6 kesan percuma manakala Telegram Premium membuka kunci ratusan lagi – termasuk semua kesan daripada stiker Premium.

Untuk menambah kesan, hanya tekan lama pada anak panah Kirim dan pilih emosi yang sepadan dengan mesej anda.

Dari menu yang sama, anda boleh menjadualkan mesej atau mengirimnya secara senyap.

Kapsyen Di Atas Media

Kapsyen kini boleh dipindahkan ke atas media supaya ilustrasi untuk pos anda dan kandungan padu meme tahu tempat sebenar mereka.

Untuk melakukan ini, pilih media dalam menu lampiran anda, kemudian taip kapsyen ke dalam medan input yang muncul, tekan lama anak panah Kirim, dan pilih 'Pindahkan Kapsyen Ke Atas' untuk menukar posisinya.

Anda juga boleh sunting media atau album untuk menggerakkan kapsyen mereka ke atas atau ke bawah – hanya sunting mesej, tekan lama butang Simpan dan pilih 'Gerakkan Kapsyen Ke Atas'.

Tindakan Pantas untuk Nombor Telefon

Menekan nombor telefon dalam bual membuka menu yang direka semula – dengan pilihan untuk mengirim mesej, memulakan panggilan, atau menambah nombor sebagai kenalan dengan hanya satu tekanan sahaja lagi.

Carian Hasytag

Semenjak 2015, anda boleh menggunakan hasytag untuk mencari mesej #penting (atau #kucing) dengan mudah di seluruh bual anda.

Dengan kemaskini hari ini, hasytag menjadi global. Menekan hasytag dalam mana-mana bual juga menunjukkan hasil carian dari bual awam – membolehkan anda dengan cepat mencari #berita terkini dari saluran atau skrol melalui video #perjalanan.

Apabila melayari tab 'Pos Awam', anda boleh memilih untuk melihatnya sebagai suapan pos yang boleh diskrol atau sebagai senarai padat grup dan saluran.

Carian hasytag global hanya merangkumi mesej daripada saluran awam bersaiz besar. Mesej daripada bual peribadi tidak akan pernah ditunjukkan.

Petikan Boleh Lipat

Kebanyakan orang suka membaca teks pendek – sehingga kami pun terkejut anda telah membaca sejauh ini!

Anda kini boleh menjadikan mesej anda lebih padat dengan menyembunyikan serpihan teks di dalam blok petikan boleh lipat.

Hanya tambah pemformatan petikan dan tekan butang lipat di medan masuk. Pembaca anda akan dapat mengembangkan dan membaca petikan – atau skrol lebih sedikit untuk melangkauinya.

Panggilan Berwarna-Warni di macOS

Pada Disember lepas, kami menambah latar belakang dinamik dan animasi bergaya kepada panggilan suara dan video di Android dan iOS. Kini kemaskini interfes yang sama tersedia untuk pengguna aplikasi macOS asli kami – menjadikan panggilan desktop lebih cantik sambil menggunakan kurang sumber ketimbang sebelumnya.

Itu sahaja untuk hari ini, kami pastinya akan sibuk menonton kesan bunga api 🎆 sehingga kemaskini seterusnya.


31 Mei 2024,
Pasukan Telegram