Mesej Langsung untuk Saluran, Penipisan Suara, Tab Topik dan Foto HD

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Mesej Terus untuk Saluran, Penipisan Suara, Tab Topik dan Foto HD

Dalam kemaskini hari ini, kami menambah cara baru untuk pengguna memulakan perbualan dengan saluran kegemaran mereka, menavigasi topik dengan lebih cekap, menipis mesej suara sebelum dihantar, mengirim foto dalam kualiti yang lebih tinggi — dan banyak lagi.

Kirim Mesej Terus ke Saluran

Anda kini boleh mengirim mesej terus ke saluran dan mempunyai bual peribadi dengan pemilik dan pentadbir. Pencipta kandungan boleh mengaktifkan mod ini untuk berbual dengan pelanggan tanpa berkongsi maklumat peribadi.

Mesej daripada pelanggan akan muncul dalam interfes baru yang lebih ringkas, berasingan daripada bual peribadi pemilik.

Untuk mengirim mesej terus ke saluran, tekan**gelembung mesej** di bar bawah saluran. Untuk menghidupkan mesej terus bagi saluran anda, pergi ke Tetapan Saluran > Mesej Terus.

Pencipta konten juga boleh menetapkan yuran untuk setiap mesej langsung bagi memastikan perbualan kekal terkawal dan bermakna.

Tab Topik

Topik dalam grup kini mempunyai susun atur tab baru yang membolehkan akses lebih pantas dari senarai bual dan membolehkan anda melompat antara perbualan dengan satu tekanan.

Anda boleh bertukar antara bar lebih besar di sisi atau bar minimalis di bahagian atas bual.

Topik boleh diaktifkan dalam mana-mana grup melalui Tetapan Grup > Topik.

Nipiskan Mesej Suara

Selepas merakam mesej suara, anda kini boleh gerakkan titik mula dan akhir untuk nipiskan bahagian yang anda inginkan. Tidak perlu mulakan semula untuk rakaman yang sempurna — anda hanya perlu teruskan dan pilih bahagian yang ingin dikirim.

Pilihan ini muncul apabila anda leret ke atas untuk mengunci rakaman semasa mesej suara. Selepas merakam dan menipiskan mesej, anda boleh merakam bahagian tambahan dengan menekan sekali lagi pada ikon mikrofon.

Anda juga boleh lompat dan sambung semula rakaman untuk mesej suara dan video.

Kirim Foto dalam Kualiti Lebih Tinggi

Sejak 2014, pengguna Telegram boleh mengirim foto resolusi penuh dalam saiz fail asal. Untuk foto biasa, Telegram mengoptimumkan imej supaya ia dihantar serta-merta dan menggunakan 90% kurang data mudah alih.

Kemaskini hari ini menambah pilihan kualiti baru, 'Definisi Tinggi' — untuk memberikan swafoto dan foto percutian anda lebih banyak perincian. Imej HD mempunyai 4 kali ganda piksel, sambil menggunakan kurang daripada 0.5 MB data.

Foto HD

Untuk mengirim imej dalam HD, tekan butang SD di penyunting foto atau pilih 'Kirim Dengan Kualiti Tinggi' melalui menu lampiran.

Kongsi Media ke Stori di iOS

Anda kini boleh berkongsi media terus ke stori Telegram anda dari aplikasi lain menggunakan butang 'Kongsi' paras asal di iOS.

Sebagai contoh, jika anda menemui gambar lama dari tahun 2015 dalam aplikasi Foto, anda boleh tekan 'Kongsi' untuk terus membukanya dalam penyunting stori — tanpa menukar aplikasi atau mengskrol.

Menu kongsi pada iOS

Lagi Opsyen Undian

Semenjak 2018 komuniti bagi setiap saiz telah mengguna undian untuk membuat keputusan dan menjadual peristiwa.

Kemaskini ini menjadikan undian jauh lebih fleksibel dengan sokongan untuk sehingga 12 opsyen. Undian juga kini boleh dikirim ke Mesej Disimpan anda — untuk tanda keputusan bagi rujukan di masa depan atau kongsi undian dengan bual lain.

Lagi Opsyen Undian

Itu sahaja untuk hari ini — kami akan kembali selepas kami membina lebih banyak ciri inovatif.



3 Jun 2025,
Pasukan Telegram