Salafy Tegal
5.59K subscribers
3.49K photos
525 videos
143 files
8.07K links
Menebar Sunnah Memperkokoh Ukhuwah

Ustadz pembina:
- Al Ustadz Muhammad Umar As Sewed
- Al Ustadz Abul Fida' Teguh
- Asatidzah Ma'had Nurus Sunnah Kota Tegal
Hafizhahumullah
Download Telegram
Allah:

๐Ÿ“– "Maka dari itu, barang siapa di antara kalian sedang sakit atau dalam safar, (lalu ia berbuka) diwajibkan baginya berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain." (Al-Baqarah: 184)

๐Ÿ“•"Sesungguhnya Allah telah meringankan dari seorang musafir setengah dari solatnya, serta meringankan pula kewajipan puasa dari seorang musafir, wanita menyusui dan wanita hamil." (HR Ahmad, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa'i dan Ibnu Majah. Dishahihkan al-Albani dan dihasankan al-Wadi'i)

๐Ÿ”นPara musafir memiliki beberapa keadaan yang masing-masingnya memiliki hukum tersendiri:

1โƒฃ: Berpuasa atau berbuka sama saja bagi musafir itu.
๐Ÿ”นAda 3 pendapat dalam masalah ini:
โžกPendapat pertama menyatakan bahawa yang afdhal baginya adalah berpuasa. Ini pendapat al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam Syafi'i. Ini dipilih oleh Ibnu Hajar dan al-Imam Ibnu Utsaimin. Dalilnya:

๐Ÿ“•"Kami pernah melakukan safar bersama Rasulullah pada bulan Ramadhan dalam keadaan cuaca sangat panas, sehingga salah seorang di antara kami benar-benar meletakkan tangannya di atas kepalanya kerana cuaca yang sangat panas. Tidak seorang pun di antara kami berpuasa kecuali Rasulullah dan Abdullah bin Rawahah." (Muttafaq 'alaih)

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

๐Ÿ”— Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 9)

๐Ÿ“š Bab 5โƒฃ: Ketentuan Puasa Bagi Orang Sakit & Musafir

โžกPendapat kedua menyatakan bahawa yang afdhal baginya adalah berbuka. Ini adalah pendapat al-Imam Ahmad dan Ishaq Rahawaih. Dan dipilih oleh al-Imam Ibnu Taimiyah, al-Imam Ibnu Baz dan al-Lajnah ad-Da'imah. Dalilnya:

๐Ÿ“•"Wahai Rasulullah, saya merasa diri saya memiliki kekuatan untuk berpuasa dalam safar. Apakah saya terkena dosa (kerana berpuasa)?" Rasulullah menjawab, "Berbuka adalah keringanan dari Allah. Maka dari itu, barang siapa mengambil keringanan itu, hal itu adalah baik, dan barang siapa memilih untuk tetap berpuasa, tidak ada dosa atasnya." (HR Muslim)

โžกPendapat ketiga menyatakan bahawa yang lebih utama baginya adalah mana yang paling mudah baginya antara berpuasa atau berbuka ditinjau dari segi susah atau tidaknya untuk melakukan qadha. Jika lebih mudah untuk berpuasa dan susah untuk melakukan qadha, yang afdhal baginya adalah berpuasa. Jika melakukan qadha di luar Ramadhan lebih mudah baginya, yang utama adalah melakukan qadha. Ini adalah pendapat Mujahid, Umar Abdul Aziz, Qatadah. Ini dipilih oleh Ibnul Mundzir dan al-Imam al-Albani. Dalilnya:

๐Ÿ“•"Wahai Rasulullah, sungguh saya adalah seorang yang selalu berpuasa. Apakah saya boleh berpuasa ketika safar?" Rasulullah menjawab, "Silakan berpuasa jika engkau mahu, dan silakan berbuka jika engkau mahu." (HR Bukhari dan Muslim)

2โƒฃ: Berbuka lebih ringan bagi musafir.
๐Ÿ”นAl-Imam Ibnu Utsaimin menyatakan bahawa keadaan seperti safar, berbuka lebih utama bagi musafir. Melakukan hal yang memberatkan diri padahal terdapat keringanan dari Allah, menunjukkan adanya sikap berpaling dari keringanan yang Allah berikan. Dalilnya:

๐Ÿ“•"Sesungguhnya Allah menyukai untuk diambil keringanan-keringananNya sebagaimana Allah tidak suka untuk dimaksiati." (HR Ahmad, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban pada kitab ash-Shahih dari keduanya)

3โƒฃ: Berpuasa sangat memberatkan musafir itu sehingga ia tidak mampu lagi untuk menanggungnya, atau bahkan memudharatkannya.
๐Ÿ”นBerpuasa dalam keadaan seperti ini haram dan wajib untuk berbuka. Ini adalah pendapat al-Imam Ibnu Utsaimin dan al-Imam al-Albani. Dalilnya:

๐Ÿ“•"Rasulullah pernah dalam safarnya melihat seseorang dikerumuni orang banyak dalam keadaan dinaungkan di bawah pohon (dari panas matahari). Lalu baginda bertanya, "Ada apa ini?" Mereka menjawab, "Orang ini berpuasa." Baginda bersabda, "Bukan merupakan kebaikkan berpuasa dalam safar"." (Muttafaq 'alaih)

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-,
karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf
โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
๐ŸŒ WhatsApp Salafy Tegal
๐Ÿ“ฒ Telegram Salafy Tegal ๐Ÿ”› http://tlgrm.me/SalafyTegal
ู…ุฌู…ูˆุนู€ู€ุฉ ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู:
๐Ÿ”— Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 10)

๐Ÿ“š Bab 6โƒฃ: Ketentuan Puasa Bagi Wanita Dalam Keadaan-Keadaan Khusus
๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”ท๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น
๐Ÿ’Ž Al-Imam as-Sa'di berkata, "Wanita haidh dan wanita nifas diharamkan berpuasa dan berkewajipan melakukan qadha puasa. Adapun wanita hamil dan wanita menyusui, jika keduanya mengkhawatirkan keadaan janin dan bayinya, diperbolehkan berbuka (tidak berpuasa) serta berkewajipan melakukan qadha puasa dan memberi makanan (fidyah) kepada seorang fakir miskin untuk setiap puasa (yang ditinggalkannya)."
๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”ท๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น

๐Ÿ”˜ Ketentuan Puasa Bagi Wanita Haidh & Wanita Nifas
๐Ÿ”นWanita yang sedang haidh atau nifas diharamkan berpuasa. Dalilnya:

๐Ÿ“•Aisyah berkata, "Kami pernah mengalami haidh di masa hidup Rasulullah, lalu kami kembali suci. Baginda memerintahkan kami untuk melakukan qadha puasa dan tidak memerintahkan kami untuk melakukan qadha solat." (Muttafaq 'alaih)

๐Ÿ”˜ Ketentuan Puasa Bagi Wanita Hamil & Menyusui
๐Ÿ”นWanita hamil dan menyusui diperbolehkan berbuka, jika ia mengkhawatirkan keadaan dirinya, janin/bayinya, atau keduanya.

๐Ÿ”นAda beberapa pendapat ulama dalam kaedah membayar semula hutang puasa bagi wanita hamil dan menyusui ini:

1โƒฃ: Diwajibkan melakukan qadha puasa dan membayar fidyah. Ini adalah pendapat mazhab al-Imam Ahmad dan disebutkan oleh al-Imam as-Sa'di. Akan tetapi pendapat ini lemah, kerana tidak ada dalil yang mewajibkan pembayaran fidyah bersama kewajipan qadha puasa.

2โƒฃ: Diwajibkan hanya membayar fidyah. Ini adalah pendapat Ibnu Abbas, Ibnu Umar, serta dipilih oleh al-Imam al-Albani. 

๐Ÿ“•Ibnu Abbas berkata, "Wanita hamil atau menyusui jika keduanya khawatir (akan dirinya, bayinya atau kedua-duanya), keduanya diperbolehkan berbuka dan (diwajibkan) memberi makan (fakir miskin)." (HR al-Baihaqi, al-Albani menyatakan sanadnya shahih sesuai dengan syarat al-Bukhari & Muslim)

โ—Namun, pendapat ini terdapat kelemahan jika ditinjau dari segi makna. Sebab, secara makna pendapat ini telah menyamakan keadaan wanita hamil atau menyusui yang suatu ketika akan kembali sihat dan kuat untuk melakukan qadha puasa, dengan keadaan orang yang tidak mampu lagi berpuasa selamanya kerana lanjut usia sehingga berkewajipan menggantinya dengan pembayaran fidyah. Penyamaan ini tidak benar, kerana perbezaan antara kedua keadaan tersebut sangatlah jelas.

3โƒฃ: Diwajibkan hanya melakukan qadha puasa. Alasannya, wanita hamil dan menyusui keadaannya seperti orang sakit dan musafir yang terkadang merasa berat untuk berpuasa. Ini adalah pendapat Ibrahim an-Nakha'i, al-Hassan al-Bashri, Atha' bin Abi Rabah dan al-Imam Abu Hanifah. Pendapat inilah dipilih oleh al-Imam Ibnu Baz bersama al-Lajnah ad-Da'imah, al-Imam Ibnu Utsaimin dan al-Imam Muqbil al-Wadi'i. Dan pendapat ini yang benar insyaAllah. Ianya bertepatan dengan hadits Nabi:

๐Ÿ“•"Sesungguhnya Allah telah meringankan dari seorang musafir setengah dari solatnya, serta meringankan pula kewajipan puasa dari seorang musafir, wanita menyusui dan wanita hamil." (HR Ahmad, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa'i dan Ibnu Majah. Dishahihkan al-Albani dan dihasankan al-Wadi'i)

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

๐Ÿ”— Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 11)

๐Ÿ“š Bab 7โƒฃ: Ketentuan Bagi Orang Yang Tidak Mampu Lagi Berpuasa
๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”ท๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น
๐Ÿ’Ž Al-Imam as-Sa'di berkata, "Seorang yang tidak mampu lagi berpuasa kerana lanjut usia atau kerana penyakit yang tidak ada harapan sembuh, berkewajipan memberi makan seorang fakir miskin untuk setiap hari puasa (yang ditinggalkannya)."
๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”ท๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น

๐Ÿ”˜ Hukum Orang Yang Tidak Mampu Lagi Berpuasa
๐Ÿ”นOrang yang tidak mampu lagi berpuasa ada dua golongan:

1โƒฃ: Orang tua lanjut usia yang tidak mampu sama sekali berpuasa, atau merasakan beban yang sangat berat ketika berpuasa. Lanjut usia yang dimaksud di sini adalah yang belum mengalami kepiku
nan (nyanyok). Adapun yang telah nyanyok, sudah bukan mukallaf lagi.

2โƒฃ: Penderita penyakit yang tidak ada harapan sembuh. Al-Imam Ibnu Utsaimin menerangkan bahawa hal ini berdasarkan diagnosis ahli medik yang terpercaya di bidangnya, atau berdasarkan keumuman yang terjadi bahawa penderita penyakit seperti itu biasanya tidak dapat sembuh.

๐Ÿ”นUlama berbeza pandangan dalam menetapkan hukum bagi orang yang tidak mampu lagi berpuasa kerana lanjut usia atau kerana sakit yang tidak ada harapan sembuh:

1โƒฃ: Sebahagian ulama berpendapat bahawa orang tersebut tidak diwajibkan berpuasa, tetapi diwajibkan membayar fidyah, sebagai ganti setiap hari puasa yang ditinggalkan. Hal ini berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas mengenai firman Allah:

๐Ÿ“– "Bagi orang-orang yang mampu menjalankan puasa (terdapat pilihan) untuk membayar fidyah berupa memberi makan seorang fakir miskin." (Al-Baqarah: 184)

๐Ÿ“•Ibnu Abbas berkata, "Ayat ini tidak dihapus (hukumnya). Yang dimaksud adalah lelaki dan wanita lanjut usia yang tidak mampu lagi untuk berpuasa, hendaklah keduanya memberi makan seorang fakir miskin untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan." (HR Bukhari)

โœ… Begitu juga hukumnya bagi orang sakit yang tidak ada harapan sembuh, kerana kesamaan makna yang ada pada keduanya. Hal ini telah difatwakan oleh al-Lajnah ad-Da'imah yang diketuai al-Imam Ibnu Baz. Juga fatwa al-Imam al-Albani, Ibnu Utsaimin dan al-Wadi'i. Ini pendapat yang benar.

2โƒฃ: Sebahagian lainnya berpendapat bahawa orang yang tidak mampu lagi berpuasa, tidak diwajibkan melakukan qadha puasa dan tidak diwajibkan pula membayar fidyah, kerana ayat tersebut telah mansukh (dihapus) secara mutlak. Ini adalah pendapat al-Imam Malik, Abu Tsaur dan Dawud azh-Zhahiri. Namun pendapat ini lemah.

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

๐Ÿ”— Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 12)

๐Ÿ“š Bab 7โƒฃ: Ketentuan Bagi Orang Yang Tidak Mampu Lagi Berpuasa

๐Ÿ”˜ Ketentuan Fidyah
๐Ÿ”นFidyah yang diberikan kepada fakir miskin (dari kalangan muslim) adalah setiap jenis makanan yang biasa diberikan seseorang kepada keluarganya di antara makanan-makanan ruji (pokok) negeri setempat, baik berupa gandum, burr, gandum sya'ir, beras, mahupun lainnya.

๐Ÿ”นUlama berbeza pandangan dalam ukuran fidyah yang wajib diberikan:

1โƒฃ: Jumhur (majoriti) ulama berpendapat bahawa kadar fidyah adalah satu mudd dari jenis makanan ruji apa saja.

2โƒฃ: Sebahagian ulama lainnya berpendapat bahawa kadar fidyah adalah setengah sha' dari jenis makanan ruji apa saja, berdasarkan penyamaan hukum dengan fidyah al-Adza pada ibadah haji secara qiyas. Pendapat ini difatwakan oleh al-Lajnah ad-Da'imah yang diketuai al-Imam Ibnu Baz.

๐Ÿ”นSatu sha' senilai dengan empat mudd. Jadi fidyah dengan setengah sha' senilai dengan dua mudd. Menurut al-Lajnah Da'imah, satu sha' dalam ukuran timbang, kurang lebih 3kg. Manakala menurut al-Imam Ibnu Utsaimin kurang lebih 2.10kg beras atau 2.04kg gandum burr.

๐Ÿ”นFidyah al-Adza adalah yang disebutkan dalam hadits Ka'ab bin Ujrah tatkala ia menunaikan haji dan terganggu oleh kutu di kepalanya. Rasulullah memerintahkan untuk mencukur rambut kepalanya dengan memberi tiga pilihan sebagai tebusannya. Di antaranya baginda mengatakan:

๐Ÿ“•"Atau engkau memberi makanan kepada enam orang fakir miskin, untuk setiap orang setengah sha'." (Muttafaq 'alaih)

3โƒฃ: Ada pula berpendapat tidak ada ketentuan kadar tertentu dalam pembayaran fidyah. Dengan dalil bahawa Allah memerintahkan pembayaran fidyah secara mutlak tanpa membatasinya dengan kadar tertentu. Maka dari itu, sah dibayarkan dengan kadar yang dianggap cukup dalam pemberian makanan menurut tuntutan kebiasaan masyarakat. Pendapat ini yang rajih (terkuat) sebagaimana dinyatakan al-Imam Ibnu Utsaimin dalam asy-Syarh al-Mumti (6/349-350). Ini berdasarkan perbuatan sahabat, Anas bin Malik yang telah lanjut usia, beliau
mengumpulkan tiga puluh orang fakir miskin dan memberi mereka roti dan lauknya.

๐Ÿ“•"Anas telah membahagikan makanan fidyah setelah ia lanjut usia dalam setahun atau dua tahun, kepada seorang fakir miskin untuk setiap harinya berupa roti dan daging. Ia pun berbuka (tidak mampu berpuasa)." (Diriwayatkan oleh al-Bukhari secara mu'allaq dalam Kitab ash-Shahih dalam Kitab Tafsir Al-Qur'an, Bab Qauluhu Ta'ala: ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู‹ุงู…ู‘ูŽุนู’ุฏููˆุฏูŽุชู)

โ—Pembayaran fidyah dalam bentuk wang kepada fakir miskin tidak sah, kerana yang diwajibkan oleh Allah adalah al-Ith'am (pemberian makanan) dan Dia menamainya al-Ith'am. Maka dari itu, wajib menunaikannya sesuai dengan yang telah diwajibkan dan dinamakan oleh Nya. Hal ini ditegaskan oleh al-Imam Ibnu Utsaimin dan al-Lajnah ad-Da'imah yang diketuai Ibnu Baz. (Majmu' ar-Rasa'il 19/116-117 dan Fatawa al-Lajnah 10/163-164, 23/7)

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

๐Ÿ”— Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 13)

๐Ÿ“š Bab 8โƒฃ: Pembatal-Pembatal Puasa
๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”ท๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น
๐Ÿ’Ž Al-Imam as-Sa'di berkata, "Barangsiapa berbuka (batal puasa) dengan makan, minum, muntah secara sengaja, berbekam, atau mengeluarkan mani kerana memeluk isteri, kewajipannya hanyalah melakukan qadha puasa (tanpa kafarat). Akan tetapi orang yang berbuka dengan jima' wajib melakukan qadha puasa dan membebaskan budak (hamba) (sebagai kafarat). Jika tidak mendapatkan hamba, ia wajib (menebusnya) dengan berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Jika ia tidak mampu, maka ia wajib (menebusnya) dengan memberi makan enam puluh orang fakir miskin. Nabi bersabda, "Barangsiapa lupa selagi ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, hendaklah ia menyempurnakan (melanjutkan) puasanya, kerana sesungguhnya Allah semata-mata memberi makan dan minum kepadanya (tanpa membatalkan puasa)" (Muttafaq 'alaih)."
๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”ท๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น

๐Ÿ”˜ Ketentuan Batalnya Puasa Bagi Pelaku Pembatal-Pembatal Puasa
๐Ÿ”นPuasa batal dengan salah satu dari pembatal-pembatal puasa dengan syarat-syarat berikut:

1โƒฃ: Melakukannya dengan sengaja.

๐Ÿ“– "Tidak ada dosa bagi kalian atas apa yang kalian tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disegaja oleh kalbu (hati) kalian..." (Al-Ahzab: 5)

2โƒฃ: Melakukannya dengan sedar (ingat atau tidak lupa).

๐Ÿ“•"Barangsiapa lupa (tidak sedar) selagi ia berpuasa, lalu ia makan atau minum, hendaklah menyempurnakan (melanjutkan) puasanya..." (Muttafaq 'alaih)

3โƒฃ: Melakukannya dengan mengetahui (mempunyai ilmu) hukum perkara itu sebagai pembatal puasa dan mengetahui keadaan.

๐Ÿ“•Asma' bintu Abi Bakr berkata, "Kami pernah berbuka pada masa hidup Nabi di hari yang mendung, kemudian matahari kembali muncul." (HR Bukhari)

โœ… Tidak dinukilan bahawa Nabi menyatakan puasa mereka batal. Hal itu disebabkan ketidaktahuan mereka akan keadaan matahari yang belum terbenam kerana terhalang mendung.

๐Ÿ”˜ Jenis-Jenis Pembatal Puasa
๐Ÿ”นAda beberapa jenis pembatal puasa, sebahagiannya disepakati dan sebahagiannya diperselisihkan. Pembatal-pembatal puasa yang disepakati oleh para ulama adalah makan, minum dan berhubungan suami isteri (jima').

๐Ÿ“– "Maka dari itu, sekarang campurilah mereka (isteri-isteri kalian) dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian, serta makan minumlah hingga jelas bagi kalian benang putih (terangnya siang) dan benang hitam (gelapnya malam), iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam." (Al-Baqarah: 187)

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

๐Ÿ”— Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 14)

๐Ÿ“š Bab 8โƒฃ: Pembatal-Pembatal Puasa

๐Ÿ”˜ Rincian Pembatal Puasa Dari Jenis Makan & Minum

1โƒฃ: Menelan si
sa-sisa makanan di mulut ketika puasa. 
๐Ÿ”นIbnu Mundzir mengatakan ijma' ulama bahawa sisa makanan di mulut yang kadarnya sedikit sehingga sulit untuk dikeluarkan dan sulit dihindari agar tidak tertelan, tidak membatalkan puasa jika tertelan.
๐Ÿ”นJumhur ulama berpendapat bahawa sisa makanan di mulut yang kadarnya banyak dan masih dapat dihindari agar tidak tertelan dengan cara meludahkannya, wajib diludahkan. Jika sengaja menelannya, hal itu membatalkan puasa. (Al-Mughni 4/360)

2โƒฃ: Menelan rasa makanan yang tersisa di mulut ketika puasa.
๐Ÿ”นAl-Imam Ibnu Utsaimin menyatakan bahawa rasa makanan yang tersisa di mulut wajib diludahkan dan tidak boleh ditelan. (Asy-Syarh al-Mumti' 6/428)

3โƒฃ: Menelan rasa yang tersisa setelah bersiwak atau memberus gigi dengan ubat gigi ketika puasa.
๐Ÿ”นAl-Imam Ibnu Utsaimin berpendapat ianya wajib diludahkan, dan boleh membatalkan puasa jika ditelan dengan sengaja. (Majmu' ar-Rasa'il 19/352-354)

4โƒฃ: Menelan darah (yang bersumber dari rongga mulut atau hidung) ketika puasa.
๐Ÿ”นAl-Imam Ibnu Qudamah dan Ibnu Utsaimin menegaskan supaya dikeluarkan dan tidak boleh menelannya. Jika dia menelannya, puasanya batal. (Al-Mughni 4/355 & Asy-Syarh al-Mumti' 6/429)

5โƒฃ: Menelan dahak (kahak) ketika puasa.
๐Ÿ”นJika kahak turun ke kerongkongan tanpa melewati mulut dan tertelan, hal ini tidak membatalkan puasa meskipun terasa ketika tertelan, sebab kahak tersebut tidak sempat masuk ke rongga mulut.
๐Ÿ”นJika kahak tersebut mengalir turun dan masuk ke rongga mulut orang yang berpuasa, pendapat yang benar adalah tidak boleh ditelan dan harus diludahkan, jika ditelan membatalkan puasa. Ini adalah pendapat Asy-Syafi'i dan salah satu riwayat dari Ahmad.

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

๐Ÿ”— Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 15)

๐Ÿ“š Bab 8โƒฃ: Pembatal-Pembatal Puasa

6โƒฃ: Menelan sesuatu yang masuk melalui hidung.
๐Ÿ”นMenelan sesuatu yang masuk melalui hidung membatalkan puasa, kerana hidung merupakan salah satu saluran masuk ke kerongkongan menuju perut, yang dianggap memiliki kedudukan yang sama dengan mulut.

๐Ÿ“•"Dan bersungguh-sungguhlah (berlebihanlah) engkau dalam istinsyaq (menghirup air ke dalam hidung ketika wudhu), kecuali engkau dalam keadaan berpuasa." (HR Ahmad, Abu Dawud, dinyatakan sahih oleh al-Albani dan al-Wadi'i)

๐Ÿ”นHadits ini menunjukkan perbuatan berlebihan dalam istinsyaq ketika puasa ditegaskan oleh Nabi kerana ianya boleh menyebabkan batalnya puasa. Ulama seperti al-Imam Ibnu Baz dan Ibnu Utsaimin berpendapat berlebihan dalam hal istinsyaq dan berkumur-kumur bagi yang berpuasa hukumnya makruh. (Majmu' al-Fatawa Ibni Baz 15/261, Asy Syarh al-Mumti' 6/379 dan 407)
๐Ÿ”นMenelan titisan as-Sa'uth yang masuk ke kerongkongan juga termasuk dalam hal ini. As-Sa'uth adalah ubat yang dititiskan melalui hidung (gurah). Barangsiapa melakukan gurah lalu merasakan titisan as-Sa'uth itu masuk ke kerongkongannya dan ia pun menelannya dengan sengaja, puasanya batal. Ini adalah fatwa mazhab al-Imam Malik dan juga al-Imam Ibnu Baz dan Ibnu Utsaimin.
๐Ÿ”นMenghirup asap wangi pedupaan (bakhour) termasuk dalam hal ini. Asap wangi pedupaan adalah sesuatu yang terlihat zatnya (berwujud). Oleh kerana itu, akan membatalkan puasa jika dihirup kerana sama dengan menelan suatu zat hingga masuk ke perut. Yang tidak dibenarkan adalah menghirupnya dengan sengaja. Ini difatwakan oleh al-Imam Ibnu Utsaimin dan al-Lajnah ad-Da'imah yang diketuai Ibnu Baz.

7โƒฃ: Mendapatkan suntikan ketika puasa.
๐Ÿ”นSuntikan memasukkan suatu zat melalui jarum suntik ke otot atau urat. Hal ini terbahagi menjadi dua jenis:
โžกAda yang bersifat sebagai sumber zat-zat makanan dan minuman bergizi serta penguat bagi tubuh, iaitu suntikan infus (cairan makanan). Suntikan ini membatalkan puasa kerana memiliki fungsi dan kedudukan yang sama dengan makan dan minum.
โžกAda pula yang bersifat suntikan biasa
yang tidak bersifat sebagai nutrisi tubuh yang menguatkannya, iaitu suntikan ubat atau vitamin. Suntikan ini tidak membatalkan puasa. Inilah yang difatwakan oleh al-Imam al-Albani, Ibnu Baz, al-Lajnah ad-Da'imah dan Ibnu Utsaimin.

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

๐Ÿ”— Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 16)

๐Ÿ“š Bab 8โƒฃ: Pembatal-Pembatal Puasa

๐Ÿ”นHal-hal yang tidak termasuk dalam kategori makan dan minum yang membatalkan puasa:

1โƒฃ: Menelan ludah dan air liur. Ludah dan air liur diproduksi di mulut sehingga menelannya tidak mungkin dihindari. Pendapat ini dipilih al-Imam Ibnu Utsaimin.

2โƒฃ: Menelan debu jalanan. Hal ini tidak mungkin dihindari. Lihat kitab al-Mughni 4/354.

3โƒฃ: Merasai makanan/minuman tanpa menelannya. Hal ini makruh hukumnya bagi yang tidak berkepentingan untuk melakukannya. Adapun yang berkepentingan, tidak mengapa melakukannya, seperti seorang yang sedang memasak atau yang hendak membeli satu jenis makanan/minuman.

๐Ÿ“•Ibnu Abbas berkata, "Tidak mengapa bagi orang yang berpuasa untuk merasai madu, mentega dan semisalnya, lalu memuntahkannya." (Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan al-Baihaqi. Al-Albani menghasankannya)

4โƒฃ: Menggunakan siwak. Al-Imam Ibnu Taimiyah berkata pada kitab Majmu' al-Fatawa, "Bersiwak (ketika berpuasa) diperbolehkan tanpa ada perbezaan pendapat. Akan tetapi mereka berbeza pendapat mengenai makruh atau tidaknya bersiwak setelah waktu zawal (bergesernya matahari ke ufuk barat). Ada dua pendapat yang masyhur, keduanya merupakan riwayat dari al-Imam Ahmad. Akan tetapi tidak ada dalil dalam syariat yang menunjukkan makruhnya bersiwak ketika puasa setelah waktu zawal..." Pendapat ini dipilih oleh al-Imam Ibnul Qoyyim, al-Albani dan Ibnu Utsaimin.

5โƒฃ: Menggunakan pasta (ubat) gigi. Al-Imam Ibnu Baz dalam Fatawa Muhimmah Tata'allaq bish-Shiyam berkata, "Membersihakan dengan sikat (berus) yang menggunakan pasta (ubat) gigi tidak membatalkan puasa, sebagaimana halnya menggunakan siwak..."

6โƒฃ: Mandi bagi orang yang berpuasa diperbolehkan dan tidak membatalkan puasa disertai kehati-hatian agar tidak menelan air mandi melalui mulut dan hidung. Ini adalah pendapat jumhur ulama yang dipilih oleh al-Imam Ibnu Taimiyah, asy-Syaukani, al-Lajnah ad-Da'imah dan Ibnu Utsaimin.

๐Ÿ“•"(Demi Allah), sungguh aku telah melihat Rasulullah di 'Arj menyiramkan air di atas kepalanya kerana kehausan atau tersengat panas matahari." (HR Malik dan Abu Dawud, dishahihkan oleh al-Albani dalam Tahqiq al-Misykat)

7โƒฃ: Memakai celak mata yang rasanya sampai ke kerongkongan hingga tertelan. Hal ini tidak mengapa dan tidak membatalkan puasa. Sebab mata bukan organ yang dianggap sebagai saluran masuknya makanan dan minuman (mulut dan hidung).

8โƒฃ: Memakai titis mata dan titis telinga yang rasanya sampai ke kerongkongan hingga tertelan. Hal ini tidak mengapa dan tidak membatalkan puasa. Sebab mata dan telinga bukan organ yang dianggap sebagai saluran masuknya makanan dan minuman (mulut dan hidung).

9โƒฃ: Penggunaan minyak yang dioleskan di kulit atau rambut tidak mengapa dan tidak membatalkan puasa. Hal ini adalah sesuatu yang umum dilakukan oleh kaum muslimin di masa Rasulullah.

๐Ÿ”Ÿ: Bau-bauan berupa wewangian dan selainnya yang hanya mengeluarkan bau, tidak mengeluarkan zat yang terlihat yang akan terhirup dan tertelan. Sifat seperti ini tidak membatalkan puasa. Ini difatwakan oleh al-Imam Ibnu Taimiyah, al-Lajnah ad-Da'imah dan Ibnu Utsaimin.

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf
โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
๐ŸŒ WhatsApp Salafy Tegal
๐Ÿ’ป Telegram Salafy Tegal ๐Ÿ”› http://tlgrm.me/SalafyTegal
bit.ly/Rumah-Belajar

โ›”Larangan-Larangan Pada Hari Jumโ€™at

1. Dilarang mengkhususkan malam Jumโ€™at dengan shalat malam

Rasulullah Shallallahu โ€˜alaihi wasallam bersabda:

ุชูŽุฎูุตู‘ููˆุง ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู ุจูู‚ููŠูŽุงู…ู ู…ูู†ู’ ุจูŽูŠู’ู†ู ุงู„ู„ู‘ูŽูŠูŽุงู„ููŠ
โ€œJanganlah kalian mengkhususkan malam Jumโ€™at untuk shalat malam di antara malam-malam yang ada.โ€

2. Larangan mengkhususkan puasa pada siang harinyaNabi Shallallahu โ€˜alaihi wasallam bersabda:
ุชูŽุฎูุตู‘ููˆุง ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู ุจูุตููŠูŽุงู…ู ู…ูู†ู’ ุจูŽูŠู’ู†ู ุงู„ู’ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุฅู ุฃู†ู’ ูŠูŽูƒููˆู’ู†ูŽ ูููŠ ุตูŽูˆู’ู…ู ูŠูŽุตููˆู’ู…ูู‡ู ุฃุญูŽุฏููƒูู…
ู’โ€œJanganlah kalian mengkhususkan hari Jumโ€™at dengan puasa di antara hari-hari yang ada kecuali(bertepatan) dengan puasa yang biasa dilakukan oleh salah seorang dari kalian.โ€
(HR. Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu โ€˜anhu)

Demikian pula hadits Abu Hurairah radhiyallahu โ€˜anhu, ia berkata, โ€œAku mendengar Rasulullah Shallallahu โ€˜alaihi wasallam bersabda, โ€˜Janganlah salah seorang kalian puasa di hari Jumโ€™at kecuali (bersama) sehari sebelumnya atau setelahnya.โ€ (Muttafaqunโ€˜alaih)

Adapun hikmah dilarangnya puasa pada hari Jumโ€™at karena pada hari itu disyariatkan memperbanyak ibadah, yaitu zikir, doa, tilawah al-Qurโ€™an, dan shalawat atas Nabi Shallallahu โ€˜alaihi wasallam.

Oleh karena itu, seseorang dianjurkan tidak berpuasa agar bisa menopang terlaksananya amalan-amalan tersebut dengan semangat dan tanpa kebosanan.

Hal ini sama dengan jamaah haji yang wukuf di Padang Arafah yang disunnahkan tidak berpuasa karena hikmah tersebut.

Ada pula ulama yang menyebutkan hikmah yang lain, yaitu karena hari Jumโ€™at adalah hari raya, dan pada hari raya tidak boleh berpuasa.

Demikian pula di antara
hikmahnya adalah untuk menyelisihi orang-orang Yahudi karena mereka mengkhususkan hari raya mereka untuk puasa. Wallahu aโ€™lam.

(Diringkas dari kitab Ahaditsul Jumuโ€™ah hlm. 47-48)

๐Ÿ”http://asysyariah.com/kajian-utama-amalan-amalan-yang-dianjurkan-di-hari-jumat/
๐Ÿ”ฐDiPublikasikan :
๐ŸŒ WhatsApp Salafy Tegal
๐Ÿ’ป Telegram Salafy Tegal ๐Ÿ”› http://tlgrm.me/SalafyTegal
ู…ุฌู…ูˆุนู€ู€ุฉ ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู:
๐Ÿ”— Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 17)

๐Ÿ“š Bab 8โƒฃ: Pembatal-Pembatal Puasa

๐Ÿ”˜ Rincian Pembatal Puasa Dari Jenis Jima'
๐Ÿ”นJima' adalah tindakan memasukkan hasyafah (kepala zakar) ke dalam qubul (kemaluan) wanita, baik berakhir dengan terjadinya ejakulasi (memancarkan air mani) mahupun tidak.

๐Ÿ”นJima' di sini meliputi jima' yang halal dengan isteri atau budak (hamba) wanita yang dimiliki mahupun jima' yang haram dengan zina -wal 'iyadzu billah-. Para ulama juga menyatakan bahawa memasukkan hasyafah ke dubur termasuk dalam cakupan makna jima'.

๐Ÿ”นUlama berbeza pandangan dalam hal kedudukan puasa bagi orang yang menyengaja untuk ejakulasi dengan cara onani, mencium, memeluk atau sejenisnya.

1โƒฃ: Pendapat empat imam mazhab yang disebutkan oleh penulis (as-Sa'di) bahawa hal itu haram dan membatalkan puasa. Pendapat ini dipilih al-Imam Ibnu Taimiyah, al-Lajnah ad-Da'imah yang diketuai Ibnu Baz, dan Ibnu Utsaimin. Dalilnya adalah penyamaan dengan jima' secara qiyas berdasarkan hadits qudsi bahawa Allah telah menyatakan tentang orang yang berpuasa:

๐Ÿ“•"Ia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku." (Muttafaq 'alaih)

2โƒฃ: Pendapat al-Imam Ibnu Hazm bahawa hal itu tidak membatalkan puasa. Pendapat ini dipilih oleh al-Imam ash-Shan'ani dan al-Albani. Alasannya tidak ada dalil yang menunjukkan batalnya puasa dengan sebab itu. Adapun dalil qiyas yang disebutkan tidak boleh diterima kerana terdapat perbezaan antara keduanya. Perbezaannya adalah kerana jima' tanpa disertai ejakulasi tetap membatalkan puasa. Ertinya, illat (sebab) batalnya puasa adalah jima' itu sendiri, bukan ejakulasi.

โœ… Tampaknya, pendapat pertama lebih kuat.

โžกOnani
๐Ÿ”นDefinisi onani menurut para ulama adalah upaya mengeluarkan mani dengan cara apa pun (selain jima'), baik menggunakan tangan mahupun lainnya.
๐Ÿ”นMenurut pendapat yang rajih (terkuat), ejakulasi dengan onani sendiri membatalkan puasa, sebagaimana telah dibahaskan.

โžกMencium isteri atau hamba wanita yang dimiliki, memeluk atau sejenisnya
๐Ÿ”นPerkara ini adalah sesuatu yang halal ketika seseorang tidak berpuasa. Adapun hukum melakukannya ketika berpuasa, terjadi perbezaan pendapat di antara ulama.
๐Ÿ”นPendapat terkuat adalah yang mengatakan hal itu boleh sebagai rukhsah (keringanan) dari Allah bagi hamba-hambaNya. Hanya saja, disarankan agar tidak dilakukan oleh orang yang tidak mampu mengekang syahwatnya kerana dikhawatirkan terdorong melakukan jima'.

๐Ÿ“•Aisyah berkata, "Rasulullah pernah mencium (isterinya) dalam keadaan baginda sedang berpuasa dan memeluk (isterinya) dalam keadaan baginda sedang berpuasa. Akan tetapi, baginda adalah orang yang paling mampu menguasai syahwatnya di antara kalian." (Muttafaq 'alaih)

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

๐Ÿ”— Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 18)

๐Ÿ“š Bab 8โƒฃ: Pembatal-Pembatal Puasa

๐Ÿ”˜ Rincian Pembatal Puasa Yang Diperselisihkan

1โƒฃ: Muntah Dengan Sengaja. 
๐Ÿ”นUlama berselisih dalam hal ini:

โžกPendapat pertama, muntah dengan sengaja membatalkan puasa. Ini disebutkan oleh penulis (as-Sa'di), dan ini adalah pendapat jumhur ulama dan Ibnu Hazm. Pendapat ini dipilih Ibnu Taimiyah, ash-Shan'ani, asy-Syaukani, Ibnu Baz, dan al-Utsaimin.

๐Ÿ“•"Barangsiapa terpaksa muntah, ia tidak berkewajipan melakukan qadha puasa. Barangsiapa muntah dengan sengaja, hendaklah ia melakukan qadha puasa." (HR Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan lainya. Hadits ini diperselisihkan oleh ulama tentang kesahihannya)

โžกPendapat kedua, muntah dengan sengaja tidak membatalkan puasa selama tidak ada dari muntahan tersebut yang ditelan kembali secara sengaja. Adapun jika ada dari muntahan itu yang ditelan kembali secara sengaja, ini ertinya ia telah memakan sesuatu yang membatalkan puasa. Ini pendapat Ibnu Mas'ud, 'Ikrimah, Rabi'ah ar-Ra'yi dan ulama lainnya.

๐Ÿ”นAdapun muntah dengan tidak seng
aja, tidak membatalkan puasa tanpa diragukan lagi.

2โƒฃ: Berbekam
๐Ÿ”นTerjadi perbezaan pendapat di kalangan ulama apakah berbekam membatalkan puasa atau tidak:

โžกPendapat pertama, orang yang membekam dan yang dibekam keduanya batal puasanya. Berdasarkan dalil:

๐Ÿ“•"Orang yang membekam dan orang yang dibekam batal puasanya." (HR Ahmad, Abu Dawud, an-Nasa'i, Ibnu Majah. Disahihkan oleh al-Albani dan al-Wadi'i)

๐Ÿ”นYang menjadi illat (sebab) sehingga berbekam dianggap sebagai pembatal puasa diperselisihkan oleh ulama:
โ–ซSebahagian berpendapat berbekam sebagai pembatal puasa adalah perkara ibadah mahdhah (ibadah murni), iaitu semata-mata merupakan ketentuan ibadah yang tidak diketahui illatnya (sebabnya). Jadi orang yang membekam pun tetap batal puasanya meskipun menggunakan alat khusus tanpa bantuan mulut dalam menyedut darah kotor dari tubuh pesakit.
โ–ซIbnu Taimiyah dan Ibnu Utsaimin berpendapat ini bukan perkara ibadah mahdhah, melainkan perkara yang diketahui illatnya. Sebab batalnya puasa orang dibekam adalah kerana darahnya telah disedut yang mengakibat badannya lemah. Adapun illat batalnya puasa orang yang membekam adalah kerana biasanya ia menyedut darah bekam dengan mulutnya melalui tabung bekam sehingga darah itu boleh jadi tertelan tanpa disedari.

(Akan bersambung pendapat kedua)

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

๐Ÿ”— Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 19)

๐Ÿ“š Bab 8โƒฃ: Pembatal-Pembatal Puasa

๐Ÿ”˜ Rincian Pembatal Puasa Yang Diperselisihkan

โžกPendapat kedua, berbekam tidak membatalkan puasa. Ini merupakan pendapat jumhur ulama, seperti al-Imam Abu Hanifah, Malik, dan asy-Syafi'i. Pendapat ini dipilih oleh asy-Syaukani dan al-Albani. Mereka berdalil dengan hadits yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan lafaz:

๐Ÿ“•"Nabi pernah berbekam dalam keadaan berihram (ketika berhaji) dan baginda pernah berbekam dalam keadaan berpuasa." 

๐Ÿ“•Dan juga hadits Anas, ia berkata, "Awal mula diharamkannya berbekam bagi orang yang berpuasa adalah (peristiwa) Ja'far bin Abi Thalib berbekam dalam keadaan berpuasa, lalu Nabi melewatinya dan berkata, 'Puasa kedua orang ini telah batal.' Selanjutnya Nabi memberikan keringanan setelah itu untuk berbekam bagi orang yang berpuasa. Adalah Anas pernah berbekam dalam keadaan berpuasa." (HR ad-Daraquthni dan al-Baihaqi, ad-Daraquthni mengatakan "seluruh periwayatannya berderajat tsiqah (terpercaya) dan aku tidak mengetahui ada 'illah (cacat) pada hadits ini." Hal ini dipersetujui oleh al-Baihaqi dan al-Albani)

๐Ÿ”นAkan tetapi, ulama dengan pendapat ini, berbeza pandangan pula dalam penetapan hukumnya:
โ–ซAda yang menyatakan bahawa berbekam hukumnya makruh, berdasarkan gabungan hadits-hadits yang ada. Ini adalah pendapat al-Imam Malik dan asy-Syafi'i.
โ–ซAda pula yang menyatakan bahawa berbekam dibolehkan dan tidak makruh, kerana hadits tentang batalnya puasa orang yang membekam dan yang dibekam mansukh (telah dihapus hukumnya). Ini adalah pendapat al-Imam Abu Hanifah, Ibnu Hazm dan al-Albani.
โ–ซAl-Imam asy-Syaukani merinci masalah ini dengan berkata, "Hadits-hadits yang ada dipadukan maknanya bahawa berbekam hukumnya makruh bagi orang yang akan melemah kerananya, dan semakin bertambah makruh jika keadaan lemah akibat berbekam menjadi sebab batalnya puasa. Adapun bagi orang yang tidak menjadi lemah kerananya, hukumnya tidak makruh. Walaupun begitu, menghindari berbekam bagi orang yang berpuasa adalah lebih baik."

โœ… Kesimpulannya, yang benar adalah pendapat yang menyatakan berbekam tidak membatalkan puasa, kerana hukumnya sebagai pembatal puasa telah mansukh (dihapus). Meskipun demikian, pendapat yang menyatakan makruh untuk berbekam bagi orang yang akan melemah kerananya, memiliki sisi pandangan yang benar. Terlebih lagi jika keadaan lemah akibat berbekam sampai pada tahap menjadi sebab batalnya puasa. Oleh itu, rincian dari al-Imam asy-Sy
aukani lebih memuaskan. Wallahu'alam.

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

๐Ÿ”— Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 20)

๐Ÿ“š Bab 8โƒฃ: Pembatal-Pembatal Puasa

๐Ÿ”˜ Ketentuan Qadha Bagi Orang Yang Batal Puasa Tanpa Uzur

๐Ÿ”นSeseorang tidak boleh membatalkan puasa tanpa uzur (alasan yang dibenarkan syariat). Barang siapa melakukannya ia tergolong pelaku dosa besar. Apakah orang yang batal puasa tanpa uzur wajib melakukan qadha puasa (mengganti puasanya di waktu lain) atau tidak? Dalam masalah ini terjadi perbezaan pendapat di kalangan ulama:

1โƒฃ: Ada yang berpendapat wajib melakukan qadha puasa. Dalilnya adalah penyamaan hukum dengan orang yang batal puasa kerana uzur secara qiyas. Ini yang disebutkan oleh penulis (as-Sa'di) yang merupakan pendapat jumhur ulama. Pendapat ini yang difatwakan oleh al-Lajnah ad-Da'imah dan Ibnu Utsaimin.

2โƒฃ: Ada yang berpendapat bahawa orang yang batal puasa tanpa uzur tidak terkena kewajipan melakukan qadha puasa. Kewajipannya hanyalah bertaubat dan beristighfar (memohon ampun) kepada Allah, serta memperbanyak amal soleh. Sebab pada asalnya puasa Ramadhan tidak boleh dilaksanakan di luar Ramadhan, selain jika ada uzur. Ini adalah ibadah yang telah dibatasi waktu pelaksanaannya hanya di bulan Ramadhan, dan ibadah yang telah dibatasi waktu pelaksanaannya tidaklah sah dilakukan di luar waktunya tanpa uzur, seperti halnya solat yang tidak sah ditunaikan di luar waktunya. Ini adalah pendapat Ibnu Hazm, dan ia menukilkan pendapat ini dari al-Khulafa' ar-Rasyidun selain Utsman, serta dari Ibnu Mas'ud dan Abu Hurairah. Pendapat ini dipilih oleh al-Imam Ibnu Taimiyah, Muqbil al-Wadi'i dan al-Albani.

โœ… Kami berpendapat bahawa masalah ini kebenaran ada pada pendapat kedua. Kesimpulannya, kewajipan melakukan qadha puasa hanyalah diwajibkan bagi orang yang batal puasa kerana memiliki uzur (alasan yang dibenarkan oleh syariat), seperti kerana haidh, nifas, sakit yang diharapkan sembuh, melakukan safar atau sejenisnya.

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

๐Ÿ”— Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 21)

๐Ÿ“š Bab 8โƒฃ: Pembatal-Pembatal Puasa

๐Ÿ”˜ Tidak Diperbolehkan Menunda Qadha Puasa Ramadhan Hingga Melewati Ramadhan Berikutnya Tanpa Uzur

๐Ÿ”นAl-Imam al-Utsaimin berkata, "Perkataan Aisyah, 'Kemudian aku tidak dapat mengqadhanya selain di bulan Sya'ban', menunjukkan bahawa qadha puasanya tidak boleh ditunda lagi (lebih dari bulan Sya'ban) hingga melewati Ramadhan berikutnya. Sebab Aisyah tidak boleh menundanya lagi hingga melewati Ramadhan berikutnya, sementara ketidakmampuan yang ia maksud di sini adalah ketidakmampuan kerana dibatasi syariat, ertinya 'Aku tidak boleh lagi menundanya (lebih dari Sya'ban) kerana dibatasi syariat'."

๐Ÿ”นBarangsiapa menunda qadha puasa hingga melewati Ramadhan berikutnya tanpa uzur, ia berdosa. Adapun mengenai beban tanggung jawabnya, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama:

1โƒฃ: Pendapat pertama, ia tetap dituntut untuk menunaikan qadha puasanya dan tidak terkena tuntutan membayar kafarat (tebusan). Ini adalah pendapat Ibrahim an-Nakha'i dan Abu Hanifah. Dirajihkan (dikuatkan) oleh asy-Syaukani dan al-Utsaimin. Berdasarkan makna ayat:

๐Ÿ“– "... Hendaklah ia berpuasa pada hari-hari yang lain sebanyak hari yang ditinggalkannya itu." (Al-Baqarah: 184)

2โƒฃ: Pendapat kedua, ia tetap dituntut untuk menunaikan qadha puasanya dan terkena kewajipan membayar kafarat (tebusan) dengan memberi makan fakir miskin. Ini adalah pendapat al-Imam Ahmad, asy-Syafi'i, Malik dan jumhur. Difatwakan juga oleh al-Lajnah ad-Da'imah. Namun, Ibnu Hajar berkata, "Tidak ada satu r
iwayat marfu' (berasal dari Rasulullah) tentang hal ini yang tsabit (benar). Yang ada hanyalah pendapat dari sekelompok sahabat, di antaranya adalah Ibnu Abbas, Abu Hurairah dan Umar.

โ˜๐ŸผAsy-Syaukani berkata, "Pendapat para sahabat ini bukan hujah (dalil). Demikian pula, mazhab jumhur ulama berpegang pada suatu pendapat tidaklah menunjukkan bahawa pendapat itu pasti benar. Menurut kaedah, berjalan di atas hukum asal yang ada menuntut bahawa tidak ada kewajipan untuk sibuk mengamalkan suatu hukum syariat sampai ada dalil yang menggesernya keluar dari hukum asal tersebut, sedangkan dalam masalah ini dalil itu tidak ada."

โ˜๐ŸผAl-Utsaimin berkata, "Adapun menjadikan pendapat para sahabat sebagai hujah adalah lemah, jika menyelisihi makna yang tampak dari ayat al-Qur'an. Dalam masalah ini, pendapat yang mewajibkan membayar kafarat adalah pendapat yang menyelisihi zahir al-Qur'an, kerana Allah tidak mewajibkan selain melakukan qadha sebanyak hari yang ditinggalkan itu dihari-hari yang lain. Allah tidak mewajibkan lebih dari itu."

3โƒฃ: Pendapat ketiga, ia terkena kewajipan membayar kafarat (tebusan) dan tidak dituntut menunaikan qadha puasa. Ini adalah pendapat yang jelas salahnya, kerana menyelesihi al-Qur'an dan mewajibkan sesuatu sebagai pengganti kewajipan qadha tanpa dalil. Wallahu'alam.

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

๐Ÿ”— Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 22)

๐Ÿ“š Bab 8โƒฃ: Pembatal-Pembatal Puasa

๐Ÿ”˜ Ketentuan Kafarat (Tebusan)
๐Ÿ”นAda perbezaan pendapat di kalangan ulama apakah kafarat hanya wajib bagi orang yang batal puasa Ramadhan kerana jima', ataukah wajib bagi siapa saja yang membatalkan puasanya dengan pembatal puasa apa pun.

1โƒฃ: Pendapat pertama, yang terkena kewajipan kafarat adalah orang yang batal puasa Ramadhan kerana melakukan jima'. Adapun orang yang batal puasa Ramadhan kerana selain jima', ia tidak terkena kewajipan membayar kafarat. Inilah pendapat yang disebutkan oleh penulis (as-Sa'di), dan merupakan pendapat jumhur ulama. Pendapat ini dinyatakan rajih (kuat) oleh Syaikhul Islam, al-Albani, al-Utsaimin dan al-Lajnah ad-Da'imah.

๐Ÿ“•"Seorang lelaki datang kepada Nabi lalu berkata, 'Binasalah aku wahai Rasulullah.' Nabi pun bertanya, 'Apa yang membinasakanmu?' Ia berkata, 'Aku telah menggauli isteriku di siang Ramadhan.' Baginda bertanya, 'Apakah engkau boleh mendapatkan sesuatu untuk memerdekakan (membebaskan) budak (hamba)?' Ia menjawab, 'Tidak.' Baginda bertanya, 'Apakah engkau boleh melakukan puasa selama dua bulan secara berturut-turut?' Ia menjawab, 'Tidak.' Baginda bertanya, 'Apakah engkau boleh mendapatkan sesuatu untuk memberi makan enam puluh orang fakir miskin?' Ia menjawab, 'Tidak...' ..." (HR Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa'i, dan Ibnu Majah)

2โƒฃ: Pendapat kedua, kafarat dikenakan secara umum kepada orang yang batal puasa Ramadhan kerana faktor apa pun, baik kerana jima' mahupun selainnya. Ini adalah pendapat mazhab Maliki, dan pendapat ini yang dipilih oleh asy-Syaukani. Mereka berdalil dengan hadits di atas yang bersifat mutlak dan qiyas antara jima' dengan pembatal puasa lainnya. Kedua pendalilan ini lemah. Jadi, kewajipan kafarat hanya berlaku bagi orang yang batal puasa Ramadhan kerana melakukan jima'.

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

๐Ÿ”— Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 23)

๐Ÿ“š Bab 8โƒฃ: Pembatal-Pembatal Puasa

๐Ÿ”˜ Jenis-Jenis Kafarat
๐Ÿ”นJenis-jenis kafarat yang telah disebutkan oleh al-Imam as-Sa'di seperti yang disebutkan sebagai berikut:

1โƒฃ: Memerdekakan (membebaskan) hamba (budak). Dipersyaratkan bahawa hamba yang
dimerdekakan adalah hamba yang beriman, meskipun dia fasiq. Dengan demikian, pembebasan hamba kafir tidak sah dalam hal ini.

๐Ÿ“– "... Hendaklah ia membebaskan hamba mukmin (beriman)..." (An-Nisa': 92)

๐Ÿ“•"Bebaskanlah hamba wanita ini kerana sesungguhnya ia wanita yang mukminah (beriman)!" (HR Muslim)

2โƒฃ: Berpuasa selama dua bulan berturut-turut tanpa terputus. Jika terputus tanpa uzur maka runtutan (urutan) puasa kafarat yang sedang dikerjakan itu batal dan harus diulangi dengan puasa yang baru dari awal. Adapun jika terputus kerana ada uzur, tidak batal. Uzur-uzur tersebut adalah:
โžกUzur secara fizikal, seperti uzur sakit mahupun safar tanpa ada maksud untuk beristirehat dari puasa.
โžกUzur secara syariat, iaitu terhalang berpuasa kerana bertepatan dengan hari 'Idul Fitri, 'Idul Adha, ataupun hari-hari tasyriq (11 - 13 Dzulhijjah) yang merupakan hari-hari yang diharamkan berpuasa.

3โƒฃ: Memberi makanan kepada enam puluh orang fakir miskin. Jumlahnya harus enam puluh orang fakir miskin. Jika makanan dengan kadar yang mencukupi enam puluh orang fakir miskin dikumpulkan lalu dibagikan kepada satu orang fakir miskin saja atau kepada enam orang fakir miskin saja selama sepuluh hari, hal ini tidaklah sah. Dalam hal ini dipersyaratkan harus dibagikan kepada enam puluh orang fakir miskin, yang masing-masing mendapat satu bahagian makanan.

๐Ÿ“•"Apakah engkau boleh mendapatkan sesuatu untuk memberi makan enam puluh orang fakir miskin?"

โœ… Namun, jika tidak diketemukan fakir miskin sejumlah itu, diperbolehkan memberikannya kepada sejumlah fakir miskin yang ada. Jika fakir miskin yang ditemukan hanya tiga puluh orang, diberikan kepada mereka dua kali per hari. Jika yang ditemukan hanya lima belas orang, diberikan kepada mereka empat kali per hari. Jika hanya satu orang, diberikan kepada mereka enam puluh kali per hari. Inilah pendapat terkuat dalam masalah ini yang dipilih oleh Ibnu Qoyyim dan Ibnu Utsaimin.

โ—Tidak boleh memilih jenis pilihan kafarat berikutnya melainkan jika jenis sebelumnya tidak mampu ditunaikan. Ini adalah pendapat jumhur ulama.

๐Ÿ“‚ (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

๐Ÿ“š WhatsApp ุทุฑูŠู‚ ุงู„ุณู„ู ๐Ÿ“š
๐ŸŒ www.thoriqussalaf.com
๐ŸŒ telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf
โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
๐ŸŒ WhatsApp Salafy Tegal
๐Ÿ’ป Telegram Salafy Tegal ๐Ÿ”› http://tlgrm.me/SalafyTegal
Channel Ma'had Nurus Sunnah Tegal:
๐Ÿ–๐Ÿ๐ŸžAR RAYYAN PINTU JANNAH UNTUK ORANG-ORANG YANG BERPUASAโ›บ๏ธ๐ŸŒ…


โœ”๏ธDari Sahl Radhiyallahu 'anhu Dari Nabi shollallahu 'alaihi wa Sallam, beliau berkata :

๐Ÿ‰๐ŸŒ๐Ÿ‡"ใ€ŠSesungguhnya di Jannah tersebut ada sebuah pintu yang disebut dengan Ar Rayyan , yang dimasuki oleh orang -orang yang berpuasa pada hari kiamat, yang pintu ini tidak dimasuki oleh seorangpun selain mereka, disebutkan (pada hari itu) dimana orang - orang yang berpuasa? Maka berdirilah mereka, dan tidak akan memasuki pintu tersebut orang- orang selain mereka, jika mereka telah masuk maka pintu tersebut tertutup, tidak akan masuk seorangpun darinya.ใ€‹"๐Ÿ—๐ŸŒฎ๐Ÿ”
HR Al Bukhary no 1896
๐Ÿ”ฐDiPublikasikan :
๐ŸŒ WhatsApp Salafy Tegal
๐Ÿ’ป Telegram Salafy Tegal ๐Ÿ”› http://tlgrm.me/SalafyTegal
โโœฟโ
๐Ÿ”ฐ Silsilah Puasa Ramadhan ๐Ÿ”ฐ
โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
๐Ÿ”˜ ADAB-ADAB BERPUASA.
โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
๐ŸŽ“ Berkata Al-'Allamah Muhammad bin Ibrahim _rahimahullah_:

โ Wajib bagi orang yang berpuasa untuk menjaga lisan dan jiwanya dari tiap-tiap perkara yang bisa membatalkan puasanya dari ghibah, dusta, namimah (mengadu domba), dan segala jenis kemaksiatan dan dosa. โž

โ€ขโ”ˆโ”ˆโ”ˆโ€ขโ€ขโœฆโœฟโœฆโ€ขโ€ขโ”ˆโ”ˆโ”ˆโ€ข

๐Ÿ“š Al Majmu
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
๐Ÿ’บ‏ู‚ุงู„ ุงู„ุนู„ุงู…ุฉ ุจู† ุงุจุฑุงู‡ูŠู… :

๐Ÿšฉ"๏ปญ๏ป‹๏ป ๏ปด๏ปช ๏บƒ๏ปฅ ๏ปณ๏บค๏ป”๏ป† ๏ปŸ๏บด๏บŽ๏ปง๏ปช ๏ปญ๏ปง๏ป”๏บด๏ปช ๏ปฃ๏ปฆ ๏ป›๏ปž ๏ปฃ๏บŽ ๏ปณ๏ป”๏บด๏บช ๏ป‹๏ป ๏ปด๏ปช ๏บป๏ปด๏บŽ๏ปฃ๏ปช ๏ปฃ๏ปฆ ุง๏ปŸ๏ป๏ปด๏บ’๏บ” ๏ปญุง๏ปŸ๏บ’๏ปฌ๏บ– ๏ปญุง๏ปŸ๏ปจ๏ปค๏ปด๏ปค๏บ” ๏ปญ๏บŸ๏ปค๏ปด๏ปŠ ๏บƒ๏ปง๏ปฎุง๏ป‰ ุง๏ปŸ๏ปค๏ปŒ๏บŽ๏บป๏ปฒ ๏ปญุง๏ปŸ๏ป”๏บ ๏ปฎ๏บญ"

๐Ÿ“š(ุงู„ู…ุฌู…ูˆุน)
---------------------



โœ ๐Ÿ”ŽSalafy Tegal๐Ÿ”

๐ŸŒŽ http://bit.ly/SalafyTegal ๐ŸŒ

๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ
โโœฟโ
โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
๐ŸŒท DIANTARA ADAB-ADAB BERPUASA.
โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

๐ŸŽ“ Berkata Al-'Allamah Muhammad bin Ibrahim _rahimahullah_:

โ Wajib bagi orang yang berpuasa untuk menjaga lisan dan jiwanya dari tiap-tiap perkara yang bisa membatalkan puasanya dari ghibah, dusta, namimah (mengadu domba), dan segala jenis kemaksiatan dan dosa. โž

โ€ขโ”ˆโ”ˆโ”ˆโ€ขโ€ขโœฆโœฟโœฆโ€ขโ€ขโ”ˆโ”ˆโ”ˆโ€ข

๐Ÿ“š Al Majmu
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

๐Ÿ’บ‏ู‚ุงู„ ุงู„ุนู„ุงู…ุฉ ุจู† ุงุจุฑุงู‡ูŠู… :

๐Ÿšฉ"๏ปญ๏ป‹๏ป ๏ปด๏ปช ๏บƒ๏ปฅ ๏ปณ๏บค๏ป”๏ป† ๏ปŸ๏บด๏บŽ๏ปง๏ปช ๏ปญ๏ปง๏ป”๏บด๏ปช ๏ปฃ๏ปฆ ๏ป›๏ปž ๏ปฃ๏บŽ ๏ปณ๏ป”๏บด๏บช ๏ป‹๏ป ๏ปด๏ปช ๏บป๏ปด๏บŽ๏ปฃ๏ปช ๏ปฃ๏ปฆ ุง๏ปŸ๏ป๏ปด๏บ’๏บ” ๏ปญุง๏ปŸ๏บ’๏ปฌ๏บ– ๏ปญุง๏ปŸ๏ปจ๏ปค๏ปด๏ปค๏บ” ๏ปญ๏บŸ๏ปค๏ปด๏ปŠ ๏บƒ๏ปง๏ปฎุง๏ป‰ ุง๏ปŸ๏ปค๏ปŒ๏บŽ๏บป๏ปฒ ๏ปญุง๏ปŸ๏ป”๏บ ๏ปฎ๏บญ"

๐Ÿ“š(ุงู„ู…ุฌู…ูˆุน)
---------------------



โœ๐Ÿ”ŽSalafy Tegal๐Ÿ”

๐ŸŒŽ http://bit.ly/SalafyTegal ๐ŸŒ

๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ
๐Ÿ”Ž Renungan Pagi ๐Ÿ”
โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
๐Ÿ”˜ KEHIDUPAN HAMBA ALLAH.
โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
๐ŸŽ“ Berkata Al-Imam Ibnul Qayyim _rahimahullah_:

ใ€Š Apabila seorang hamba tiba di pagi hari dan petang hari, dan tidak ada keinginannya kecuali Allah semata, maka:

๐Ÿ”น Allah akan pikul segala kebutuhannya semuanya,
๐Ÿ”น dan Allah wujudkan setiap apa yang menjadi keinginannya,
๐Ÿ”น Allah limpahkan pada hatinya untuk mencintai-Nya,
๐Ÿ”น dan pada lisannya untuk (selalu) mengingat-Nya,
๐Ÿ”น pada anggota-anggota tubuhnya untuk taat kepada-Nya. ใ€‹

โ€ขโ”ˆโ”ˆโ”ˆโ€ขโ€ขโœฆโœฟโœฆโ€ขโ€ขโ”ˆโ”ˆโ”ˆโ€ข

๐Ÿ“š Al-Fawaid, hal: (159).
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
๐Ÿ“ ู‚ุงู„ ุงุจู† ุงู„ู‚ูŠู… ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ :

๐Ÿ‘ˆ ( ุฅุฐุง ุฃุตุจุญ ุงู„ุนุจุฏู ูˆุฃู…ุณู‰ ุŒ ูˆู„ูŠุณ ู‡ู…ู‘ู‡ ุฅู„ุงใ€Š ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ใ€‹:

โ–ซ๏ธุชุญู…ู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุญูˆุงุฆุฌู‡ ูƒู„ู‡ุง ุŒ
โ–ซ๏ธูˆุญู…ูŽู„ูŽ ุนู†ู‡ ูƒู„ู‘ ู…ุง ุฃู‡ู…ู‘ู‡ ุŒ
โ–ซ๏ธูˆูุฑู‘ุบ ู‚ู„ุจูŽู‡ ู„ู…ุญุจุชู€ู‡ ุŒ
โ–ซ๏ธูˆู„ุณู€ุงู†ู‡ ู„ู€ุฐููƒู€ู€ุฑู‡ ุŒ
โ–ซ๏ธูˆุฌูˆุงุฑุญูŽู‡ ู„ุทุงุนุชู‡ ) .

๐Ÿ“š ุงู„ููˆุงุฆุฏ ุตู€( 159)
โ“ฃelegram.me/Twaso
---------------------

๐Ÿ”ŽSalafy Tegal๐Ÿ”

๐ŸŒŽ http://bit.ly/SalafyTegal ๐ŸŒ

๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM